Terbaik dari ! Lensa Klasik !

Khamis, 9 Februari 2012

10 Peristiwa Besar Tahun 2011

1. Revolusi Di Timur Tengah

Awal tahun 2011 merupakan permulaan yang buruk bagi sejumlah negara di kawasan Timur Tengah dan Afrika dengan majoriti penduduk beragama Islam, namun dengan pemimpin-pemimpin bersikap tirani dan autokrasi.

Pada 14 Januari 2011, Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, digulingkan oleh gerakan revolusi yang dilakukan rakyatnya. Disusuli dengan tergulingnya presiden Mesir
yang telah berkuasa selama 30 tahun, Hosni Mubarak. Presiden ini juga digulingkan melalui aksi people power selama sekitar 25 hari, dan dia berundur dari jabatannya pada 12 Februari 12.

Setelah revolusi di Tunisia dan Mesir, gelombang revolusi melanda negara-negara di sekitarnya, seperti Yaman, Libya, Oman, Aljazair, Bahrain, Iran, dan Suriah. Yang paling tragis ialah nasib Presiden Libya Muammar Gaddafi. Kerana tidak mahu mengalah, pertahanannya di ibu kota Libya dibomb pihak NATO. Gaddafi akhirnya tewas setelah tempat persembunyiannya di Kota Sirte ditemui para pemberontak, dan kepalanya ditembak.

2. Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun 

Pada Jumat 11 Mac 2011 sekitar pukul 2.46 petang waktu setempat, gempa pada 8.9 skala Ritcher (SR) menggoncang pantai timur Jepun, disusuli gempa susulan pada 7.4 SR.

Sekitar 16000 orang mati, 4000 orang hilang, dan 6000 orang cedera. Bangunan yang hancur dan rosak mencapai 125000 unit. Selain itu, gempa dan tsunami juga menyebabkan ledakan di Reaktor Nuklear Fukushima.


3. Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton

Perkahwinan yang dilangsungkan pada 29 April 2011 ini dianggap sebagai pernikahan terhebat abad ini. Ini tidak dapat dinafikan, kerana Royal Wedding atau Pernikahan Kerajaan Inggeris ini menghabiskan dana sekitar $40 juta poundsterling dan pernikahan ini ditayangkan secara langsung oleh berbagai stesen televisyen di dunia ini ditonton oleh sekitar 2 juta orang.





  
4. Osama Bin Laden Ditewaskan

Pengumuman tewasnya Osama diumumkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada 1 Mei 2011. Pendiri Al Qaeda ini tewas ditembak anggota pasukan Amerika di Abottabad, Pakistan, dalam sebuah operasi khusus. Selain Osama, dua orang pengikutnya juga dikhabarkan tewas dalam drama tembak-menembak ketika kediaman Osama di Abottabad diserbu.

Amerika menganggap Osama sebagai orang yang paling bertanggungjawab dalam serangan terhadap menara kembar World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2011.


 5. Amukan Di Oslo, Norwegea

Kejadian pada 22 Julai 2011 ini dianggap sebagai aksi terorisme kerana diawali dengan ledakan bom yang membunuh tujuh orang di pusat bandar Oslo. Satu jam kemudian, seorang lelaki berseragam polis yang diketahui bernama Anders Behring Breivik, datang ke Pulau Otoya yang berjarak sekitar 50 batu dari kota tersebut, dan menembak sekitar 700 pemuda yang tengah menghadiri pertemuan organisasi pemuda Parti Buruh di pulau itu.

Saat suspek mula menembak, sejumlah pemuda sempat melarikan diri, dan Anders yang berusia 32 tahun, mengejar dan mencari mereka ke semua tempat, termasuk semak-semak, gua dan di antara bangunan-bangunan di Pulau Otoya. Seramai 91 orang terbunuh dalam kejadian ini. Mereka yang selamat kebanyakan nekad terjun ke laut dan berenang menjauhi pulau.

6. Keretapi Tergelincir Dari Landasan Di China

Pada 23 Julai 2011, dua kereta api ekspres di Cina tergelincir dari landasan dan mengakibatkan 32 orang mati. Kemalangan itu bermula ketika kereta api ekspress D3115 dari Hangzhou menuju Wenzhou di stesen Zhejiang, China timur, berhenti akibat kehilangan tenaga setelah disambar petir. Pada saat kereta api itu berhenti, datang kereta api ekspres D301 dari kota Shuangyu, Wenzhou. Perlanggaran tidak dapat dielakkan, sehingga beberapa gerabak kereta api keluar dari rel, dan dua di antaranya jatuh dari jambatan setinggi lebih tiga meter, sementara satu di antaranya tergantung di sisi jambatan.

7. Kemelut Ekonomi Eropah

Awal ogos, bangsa-bangsa di Benua Eropah menghadapi mimpi buruk yang diakibatkan krisis hutang hartanah di Amerika Syarikat. Negara-negara seperti Inggeris, Itali, Yunani dan lain-lain terperosok dalam jurang krisis kewangan yang parah akibat kegagalan membayar hutang, sehingga negara mereka bergejolak.

Ekonomi Yunani dan Itali terjejas teruk sehingga November. Atas desakan berbagai pihak, Perdana Menteri Yunani, George Papandreou dan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mengundurkan diri. Hingga kini, krisis masih mendera Benua eropah. Sejumlah analisis dikeluarkan dan menyatakan krisis ini baru bermula dan akan mencapai klimaks pada pertengahan 2012.

8. Rusuhan Di London

Ini merupakan sebuah dari krisis yang melanda Eropah. Rusushan bermula dengan kematian Mark Duggan, pemuda 29 tahun yang disebut-sebut sebagai anggota geng bersenjata di London. Mark terbunuh akibat tembakan polis di dadanya.

Kematian Mark menyebabkan kemarahan oleh para pemuda di negeri Lady Di, sehingga pada 6 ogos 2011, rusuhan meletus dari Tottenham, London Utara. Rusuhan yang diwarnai penjarahan dan pembakaran kendaraan serta pasaraya-pasaraya itu menyebar dengan cepat ke seluruh London dan kota-kota lain di England. Rusuhan ini membunuh 5 orang 16 orang lagi cedera.

9. Banjir Besar Di Thailand

Musibah yang terjadi mulai 18 Oktober 2011 ini melanda di Thailand, dan mulai surut setelah 40 hari. Banjir ini bukan hanya menenggelamkan 2.3 juta rumah penduduk, tujuh kawasan industri dan 300000 hektar kawasan pertanian, tapi juga melumpuhkan aktiviti ekonomi dan pemerintahan, serta membunuh seramai 370 orang.






10. Puting Beliung Washi Di Filipina

Puting beliung Washi yang berkelajuan lebih dari 200 km/jam, melanda kawasan pantai timur Pulau Mindanao dan sekitarnya pada Jumat 16 Disember 2011, mengakibatkan sungai-sungai bergelora, mengakibatkan banjir dan tanah runtuh. Seramai 957 orang terbunuh dan 49 orang hilang.







Sumber


3 Kata-kata Sakti:

Lea Isnawi berkata...

tanda tanda kecik kiamat
nauzubillah

V berkata...

JOM MENONTON ,TV PAS ,TV SELANGOR TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv ,emastv,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie ,hbo movie,star plus,national geografi, discovery channel ,AXN BEYOND HD,Bloomberg Tv,Cinamax,dan banyak lagi  DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html  menonton secra percuma tak perlu daftar dan x perlu bayar
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,Terdapat juga pelbagai saiaran radio dan tv dari pelbagai negara di sini live hanya untuk anda ,

NiGhTiNaNgLe_FARA berkata...

nasib baik malaysia takde..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PING/BUSUK.ORG

Copyright (c) 2012 BUROK