Terbaik dari ! Lensa Klasik !

Isnin, 27 Februari 2012

Tabiat Buruk Yang Boleh Merosakkan Otak


10 TABIAT BURUK YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK ; 
 
1. Tidak mengambil sarapan pagi – Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2.Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkankuasamental otak.

3.Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4.Penggunaan gula yang berlebihan – Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan proteindan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5.Pencemaran udara – Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6.Terlebih tidur – Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masatidur yang panjangboleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7.Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8.Membiarkan otak bekerja - semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9.Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnyaberimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otakmenurun.

10.Jarang berfikir – Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif.

Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. Semoga panduan ini bermanfaat kepada kita semua ya.

0 Kata-kata Sakti:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PING/BUSUK.ORG

Copyright (c) 2012 BUROK