Terbaik dari ! Lensa Klasik !

Rabu, 7 Mac 2012

Lihat Bagaimana Koloni Semut Ini Menyelamatkan Ratu Mereka

Tingkah laku koloni semut benar-benar menarik. Mereka bekerja sebagai satu unit untuk melindungi dan memelihara kawasan/tanah jajahan mereka dan juga melindungi ratu merekawalau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Hal ini terutama jelas dalam video yang luar biasa dari BBC ini memperlihatkan semut api di hutan Amazon membentuk suatu rakit yang hidup untuk melindungi ratu dan larva mereka. Hujan yang berlaku menyebabkan lantai hutan itu digenangi air sedalam beberapa inci, yang mana anda mungkin berfikir ia akan menenggelamkan koloni semut itu. Tetapi mereka mempunyai cara tersendiri untuk bertahan.

Dengan menyambung kaki mereka, semut itu membentuk rakit hidup dan membawa kesemua koloni mereka, termasuk ratu dan telur dan larva, ke kawasan yang lebih selamat. Walaupun terdapat beberapa ekor ikan yang cuba mengacau mereka, koloni semut itu tetap bersatu sehingga akhirnya mereka tiba ke sebuah kawasan tanah kering. Dan mereka mula membina rumah baru. - BillyInfo

0 Kata-kata Sakti:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PING/BUSUK.ORG

Copyright (c) 2012 BUROK