Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah  struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan  qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15  perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem  imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan  penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar  tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan  kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan  ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri  sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di  dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang  ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan  garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah  jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka  tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu  tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon  magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah  akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan  sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga  hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam  ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut  lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam,  bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya  akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah  sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak  terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau  terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita  mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut  dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang  baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas  melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru  kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur  atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul.  Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram.  Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau  reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik  saja akan diterima oleh tubuh.

0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan