WASHINGTON – Lima askar Amerika Syarikat (AS) secara langsung  terlibat dalam insiden membakar al-Quran di pangkalan tentera Bagram di  utara Afghanistan, demikian menurut pegawai-pegawai pertahanan dan  tentera, semalam.
Memetik pegawai-pegawai itu, laporan NBC News mendedahkan sebahagian kandungan rumusan siasatan pihak tentera AS.
Pegawai-pegawai itu memberitahu NBC News bahawa siasatan masih belum lengkap, tetapi lima askar didapati terlibat.
Bagaimanapun mereka dilaporkan tidak akan berhadapan dengan tuduhan  jenayah kecuali hukuman bukan kehakiman, kemungkinan hanya diberi  celaan.
Jawatan dan pangkat kelima-lima mereka tidak didedahkan, kata laporan NBC News.
Keputusan penuh siasatan itu tidak akan dikeluarkan sehingga siasatan  yang serupa dijalankan oleh kerajaan Afghanistan dan AS didedahkan  kepada umum, yang dijangka akan muncul dalam beberapa hari lagi.
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam protes di seluruh Afghanistan.
Sumber HarianMetro

0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan