Assalamualaikum...
Ini adalah suatu kisah keajaiban terjadi sekitar 90 tahun lalu  diriwayatkan oleh Syeikh Al-Zubaidi. Seseorang telah cuba untuk  menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW, Masjid Al-Nabawi.
Namun, ketika dia memanjat kubah untuk mulakan  kemusnahan, tiba-tiba kilat memusnahkannya dan dia meninggal dunia di  situ. Lantaran itu tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan mayatnya  dari puncak kubah. 
Beliau juga mengatakan bahawa orang yang soleh  dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya bahawa tidak ada sesiapapun  yang dapat mengambil mayat dari puncak kubah itu dan bahawa ia harus  dikebumikan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang  mungkin cuba untuk menghancurkannya pada masa akan datang.
Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengebumikannya  tepat ada pada kubah dan menutupi tubuhnya dengan penutup hijau  sehingga tidak akan terlihat oleh orang lain.
Wallahua'lam, Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. 
- sumber  

0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan