PEGAWAI Israel dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bertelagah terhadap rancangan untuk menyerang Iran.
 Wakil Setiausaha Agung Hizbullah Sheikh Naim Qassem mengatakan,  “Israel tidak mempunyai kemampuan dan keberanian untuk berperang  sendirian menghadapi Iran, sementara Amerika Syarikat masih menimbang  kos tinggi perang dan dekatnya pilihan raya presiden yang akan datang,”.
Beliau menambah bahawa Washington percaya konflik dengan Iran akan  menyebabkan pasukan AS dan sekutunya di Timur Tengah menghadapi risiko,  dan akan memperdalam krisis ekonomi global dengan naiknya harga minyak  mentah di pasaran dunia.
Ketika ditanya apakah Hizbullah akan menyerang Israel sebagai balasan  atas setiap serangan (Israel) terhadap Republik Islam Iran, Sheikh  Qassem mengatakan Iran dapat mempertahankan diri, tetapi serangan itu  akan membakar seluruh kawasan.
“Hizbullah mempunyai polisi defensif terhadap Israel, tapi selalu  siap sedia dan tidak akan berhenti mempersiapkan diri sejak pendirian  Israel selalu bersiap-siap untuk menyerang,” katanya.
sumber

0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan