Terbaik dari ! Lensa Klasik !

Sabtu, 3 Mac 2012

Tips Elakkan Peti Ais Berbau


Apabila kita membuka peti ais, kita sering kali terganggu dengan bauan yang kurang menyenangkan. Jadi, disini ada beberapa tips untuk mengelakkan peti ais berbau.


Tips 1 
Bersihkan peti ais terlebih dahulu. Tutup suis dan keluarkan semua bahan yang terdapat dalam peti ais. Gunakan tuala basah untuk lap keseluruhan bahagian dalam peti ais. Biarkan kering.

Setelah kering, masukkan semula semua bahan dalam peti ais. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam bekas kecil tanpa penutup dan masukkan ke dalam peti ais. Hasilnya peti ais anda akan berbau vanilla yang segar. 

Tips 2
Letakkan beberapa kepingan kulit nanas di dalam peti sejuk anda. Seeloknya pada setiap tingkat atau bahagian. Biarkan selama beberapa hari sehingga ia kecut lalu gantikan dengan kepingan kulit nanas yang baru.

Tips 3
Letakkan 3/4 keping roti ke dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari sehingga roti itu kering dan gantikan dengan roti yang baru. Ini kerana roti merupakan agen yang baik untuk menyerap bau dalam peti ais anda.

Tips 4
Cara paling mudah untuk menghilangkan bau ini ialah dengan meletakkan seketul arang dan beberapa hiris buah limau purut.

0 Kata-kata Sakti:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PING/BUSUK.ORG

Copyright (c) 2012 BUROK