Sangat luar biasa. Itu  sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa  sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi  canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan  melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.
Sebelum dipaparkan  apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu  kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah  tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic  atau lebih dikenali sebagai FMRI.  Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak  sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat  mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik  dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh  dikesan melalui kaedah FMRI.
Kaedah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak
Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia
Fakta mengesahkan, di  dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh  kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat  hanya 4 kawasan yang aktif. 
Mengapa hal ini  berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras  lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak  untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika  proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana  terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian  medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan  juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga  aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate  gyrus.
Sekarang saya kongsikan  keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan  susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang  baru dijumpai ini.
Ketahuilah,  sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami  tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)
Sebelum kami mengulas  dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari  pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami  paparkan di atas.
Jika saudara melihat  ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab  tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat  tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan  perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel  lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau  pembohongan dapat dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi  yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai  panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan  sebenar-benar Iman.


0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan