Roh manusia akan mengembara merentasi destinasi keenam iaitu  neraka. Mereka yang menjadi ahli neraka ini akan hidup di alam terakhir  ini untuk selama-lamanya. Sekiranya roh seseorang itu dapat masuk syurga  maka ia adalah tempat pengembaraan paling baik dan nikmat bagi mereka.
Sebaliknya mereka menjadi ahli neraka, maka itu adalah tempat  yang paling buruk. Bagi iblis dan orang-orang kafir, mereka tetap berada  di alam nereka. Namun demikian, bagi orang-orang Islam yang berdosa  tetapi tidak musyrik, mereka akan menempuh satu alam lagi iaitu alam  syurga selapas diseksa dineraka. Bentuk neraka dan isinya.
Perkataan neraka berasal dari kata Ibrani yang mempunyai maksud  unggun api. Sebenarnya neraka itu adalah azab iaitu tempat seksaan bagi  mereka yang ingkar seperti iblis, syaitan, juga mereka yang menjadi  musuh Allah seperti Fir’aun, Abu Jahal dan mereka yang berdosa. Inilah  neraka yang disebut dalam Al-Quran sebagai Nar ataupun Darul Jahaanam. “Maka  takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya itu adalah manusia dan  batu-batu. Neraka itu disediakan untuk mereka yang kafir”.
Di dalam neraka inilah orang-orang kafir akan diazab dan  diseksa. Neraka juga adalah hukuman Allah seperti pembalasan daripada  amalan-amalan jahat mereka ketika hidup di dunia. Ia adalah tempat untuk  membakar orang-orang yang berdosa dari golongan jin dan manusia. Apinya  sangat panas dan menyala-nyala. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam  surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: 
” Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu,  keluargamu daripada api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan  batu-batu. Sedangkan penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi  bengis. mereka tu tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja  yang diperintahkan kepadanya”.
Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda  panasnya berbanding denagn api didunia ini. Sekiranya api neraka jatuh  ke atas dunia ini sekalipun sebesar zarah maka hancurlah dunia  ini. Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 
“Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah,  seribu tahun bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu  tahun bewarna hitam”. (Hadis riwayat Tirmidzi)
Salman Al Farisi berkata: “Apabila neraka itu bewarna hitam,  maka hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita.  Tiap-tiap warna api neraka itu sama sahaja panasnya”.
Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas’ud ra berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk  matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di  akhirat. Andai kata sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air  di laut kerana bahang kepanasannya”.
Api neraka pun kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba  musim dingin. Dinginnya neraka lebih dngin daripada sesuatu yang paling  dingin di dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh  manusia.
Rasulullah saw pernah bersabda: Neraka itu pernah mengadu  kepada Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud ” Hai, Tuhanku. Aku telah  memakan satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua  nafas, satu pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas.  Kalau panas, maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia.  Jika ia dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ‘  zamharir’ “.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: 
“Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu  untuk meneranginya kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai  tujuh pintu dan tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit.  Tiap-tiap bukit itu mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya”.
Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada  tujuh pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat  itu mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu  menurut dalam Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza,  Hathamah, Sair, Sayu, Jahim dan Hawiyah.

0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan