Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an, yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang KUFUR INGKAR kepada  ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan MEMBAKAR MEREKA DI DALAM API  NERAKA. Tiap-tiap kali KULIT mereka MASAK HANGUS, Kami gantikan untuk  mereka KULIT yang lain supaya mereka dapat MERASA AZAB SENGSARA itu dan  (ingatlah) sesungguhnya ALLAH adalah MAHA KUASA, lagi MAHA BIJAKSANA.” (Surah an-Nisa; 56)
Ayat di atas merupakan salah satu peringatan dan ancaman dari Allah  SWT kepada umat manusia yang kufur ingkar kepada ayat-ayatNya.  Saudaraku, pernahkah terlintas di fikiran kita, mengapa di dalam ayat  ini Allah SWT menyatakan KULIT ?
Setelah memasuki Block Dermatology dan Musculoskeletal System baru  ana mengerti akan KEMUNGKINAN (sesungguhnya hanya Allah yang Maha  Mengetahui segala susatu) kenapa kulit yang Allah Nyatakan di dalam ayat  ini. Jadi, marilah kita sama-sama telusuri dan berkongsi sedikit ilmu  dan pandangan mengenai hal ini. Bukti Kebesaran Allah Maha Kuasa, lagi  Maha Bijaksana.
Kulit
Kulit merupakan organ terbesar yang Allah SWT ciptakan pada tubuh  kita. Ia meliputi 16% daripada berat tubuh. Secara histologi, kulit  dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu :
1. Epidermis – lapisan paling atas yang berasal dari ectoderm
2. Dermis – lapisan connective tissue di bawah epidermis yg berasal dari mesoderm
3. Subkutan – lapisan kulit paling bawah dan mengandung banyak sel lemak.
2. Dermis – lapisan connective tissue di bawah epidermis yg berasal dari mesoderm
3. Subkutan – lapisan kulit paling bawah dan mengandung banyak sel lemak.
Histologi kulit manusia
Terdapat beberapa reseptor yang Allah SWT ciptakan pada kulit manusia. Antaranya ialah:
1. Mechanoreceptor – receptor yang menerima ransangan tekanan, sentuhan & getaran.
2. Thermoreceptor – receptor yang menerima ransangan suhu (sejuk/panas)
3. Nociceptor – receptor yang menerima ransangan sakit.
2. Thermoreceptor – receptor yang menerima ransangan suhu (sejuk/panas)
3. Nociceptor – receptor yang menerima ransangan sakit.
Walaupun terdapat banyak receptor di kulit kita, tetapi receptor  sakit merupakan receptor yang paling menarik minat saya. Jika ditinjau  dari aspek neurologi, threshold receptor sakit lebih tinggi berbanding  receptor-receptor lain. Jadi, ia hanya dapat mengesan stimulus yang  melampau. Sebagai contoh, jika terdapat ransangan panas, ia akan dikesan  oleh termoreceptor. Tetapi, jika haba yang diberikan terlalu banyak  (melampau) maka reseptor pula sakit akan teransang.
Sakit
Saudaraku, rasa sakit didefinisikan sebagai suatu deria dan  pengalaman emosi yang tidak disenangi, yang berasal dari stimulus yang  dapat menyebabkan kecederaan atau yang berpotensi menyebabkan kecederaan  pada tubuh. Rasa sakit merupakan amaran kepada kepada kita bahawa ada  ‘something wrong’ pada tubuh. =)
Kadang-kadang, dalam menghadapi kesakitan, kita mengeluh seolah-olah  tidak redha dengan ketentuan tuhan. Dan yang lebih menyedihkan, ada yang  “memaki” Tuhan di atas sakit yang menimpa.
Saudaraku sekalian, pernahkah kita terfikir bahawa di saat kita  sedang merasai kesakitan, sebenarnya kita juga sedang mengecapi nikmat  dari Allah SWT, Tuhan semesta alam? Nikmat yang saya maksudkan di sini  ialah nikmat berupa keupayaan tubuh kita untuk mengesan rasa sakit.
Saudaraku, cuba kita bayangkan bagaimana keadaan kita jika Allah SWT  mematikan semua nociceptor pada tubuh kita. Mungkin ada orang yang  berpendapat “Syok la klo cenggitu, klo nak branak pun x la sakit” =p.
Tapi saudaraku, tanpa receptor sakit, kita tidak akan sedar yang  tubuh kita sedang mengalami kecederaan. 
Sebagai contoh, seseorang yang  mengalami appendicitis (biasa orang sebut kne appendix) tidak akan tahu  bahawa peradangan sedang terjadi di appendixnya. Maka dia akan tetap  “tenang-tenang aja” (bak kata orang Medan), sedangkan inflamasi yang  sedang terjadi boleh menyebabkan appendixnya pecah dan menyebabkan  keadaan yang lebih parah.
Tanpa rasa sakit, orang yang mengalami kemalangan tidak akan sedar  bahawa tulang rusuknya telah patah (close fracture) dan lebih teruk  lagi, jika tulang yang patah itu menikam paru-paru atau jatungnya.
Penderita Coronary Heart Disease mungkin tidak dapat didiagnosis  penyakitnya tanpa angina pectoris (sakit dada). Akhirnya, jantungnya  mengalami ischemia (x cukup oksigen) kerana penyumbatan pada artery  coronary (saluran darah yang membawa darah ke otot jantung) dan akhirnya  dia mati akibat gagal jantung (heart failure), tanpa sempat didiagnosis  dan diberikan terapi.
Maka benarlah bahawa menderita kesakitan juga merupakan salah satu  nikmat dari nikmat-nikmat dari Allah SWT yang tidak terhitung banyaknya.  Dan perkara ini membuktikan kebenaran firman Allah SWT di dalam  al-Qur’an, yang bermaksud ; 
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya…” (Surah an-Nahl;18)
Maka, sepatut dan seharusnyalah kita bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.
Allah berfirman di dalam surah Ibrahim, ayat ke-7 yang bermaksud: 
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu berfirman: Demi  sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu  kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya  azabKu amatlah pedih.” (Surah Ibrahim;7)
Tetapi saudaraku, syukur tidak cukup hanya dengan lafaz  “Alhamdulillah” tetapi, syukur kita haruslah dizahirkan dengan mentaati  perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Mantapkan amalan fardhu. Perbanyakkanlah amalan sunat. Kadang-kadang,  ada orang menyangka bahawa dengan amalan fardhu sahaja sudah cukup  baginya. Saudara, apakah kita akan berpuas hati jika setiap kali kita  makan, hidangan yang disediakan hanyalah nasi putih, tanpa lauk pauk  yang enak? Semestinya kita jemu bukan? Begitulah juga halnya dengan  ibadah kita. Tanpa ibadah sunat, kita tidak akan dapat merasa apa yang  dikatakan manisnya iman.
Seksaan Neraka
Saudaraku, jika kita merujuk kembali kepada terjemahan ayat ke 56  Surah an-Nisa, sedarkah kita betapa dasyatnya seksaan yang Allah  sediakan bagi orang yang kufur? Kulit kita yang terbakar disiat oleh  Malaikat Zabaniyah lalu Allah SWT menngantikannya dengan kulit yang  baru, lalu di bakar lagi, dan disiat lagi. 
Begitulah halnya berterusan  tanpa henti. Tujuan rasa sakit yang Allah ciptakan bukannya lagi  berfungsi sebagai amaran bahaya tetapi kini berubah menjadi SEKSAAN.  (Sedih saat ana menjalankan praktikum fisiologi dimana kami diminta  menyediakan preparat nerve muscle dari katak. Semasa ana menyiat kulit  katak, ana terbayangkan bagaimana menderitanya kita jika kulit kita  disiat di neraka – na’uzubillah )
Rasulullah SAW bersabda ; 
“Seksa terkecil bagi ahli neraka di hari kiamat ialah  selipar api neraka, yang apabila dipakai, otak akan mendidih disebabkan  panasnya”
Abu Hurairah RA berkata ; 
“Jika ada seratus ribu orang lebih di dalam suatu  masjid, lalu seorang ahli neraka menghembuskan nafasnya di situ, maka  matilah semua orang di dalam masjid.” 
Ketahuilah wahai diriku dan saudaraku, seseungguhnya Allah SWT telah  menciptakan neraka dan kedasyatan untuk penduduknya. Allah SWt  berfirman: 
“Takutilah mereka dengan hari penyesalan (kiamat),  ketika dihukum tentang perkara yang telah dilakukan sedangkan mereka  dalam kelalaian dan mereka tiada beriman”. (Surah Maryam;39) 
Sungguh, ini semua telah ditentukan dan akan menjadi kenyataan di  hari kiamat, yang menghairankan, kita masih tertawa dan terpaut oleh  kehinaan dunia. Kita tidak tahu bagaimana keputusan Allah untuk kita.
(Petikan dari Kitab Mukasyafah al-Qulub oleh Imam al-Ghazali)
Jika Allah telah memudahkan mu ke jalan yang baik, bergembiralah, barangkali engkau jauh dari neraka. Jika kau telah berniat ingin baik, tentulah akan dimudahkan buat menuju ke sana. Jika engkau berniat buruk, akan dimudahkan pula jalan ke sana (neraka). Allah Azza Wa Jalla berfirman;
Jika Allah telah memudahkan mu ke jalan yang baik, bergembiralah, barangkali engkau jauh dari neraka. Jika kau telah berniat ingin baik, tentulah akan dimudahkan buat menuju ke sana. Jika engkau berniat buruk, akan dimudahkan pula jalan ke sana (neraka). Allah Azza Wa Jalla berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang yang baik dalam kenikmatan (syurga) dan sesungguhnya orang-orang yang jahat dalam neraka” (Surah al-Infithar;13-14)

0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan