1) Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak  perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama  seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak  perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya  memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
2) Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.  Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi  untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam  diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak  tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3) Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita  jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya  sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM..  tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
4) Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan  yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan  dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia  malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang  bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka  yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:- 
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta  anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri..  jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan  ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari  ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim  adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan  SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau  tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
sumber MyIbrah

0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan