Terbaik dari ! Lensa Klasik !

Selasa, 7 Februari 2012

Sebuah Kotak Buang Bayi Di Rusia


Akibat makin banyak bayi malang yang ditinggalkan kerana tidak diinginkan, Rusia kemudian menciptakan sebuah kotak khusus untuk para ibu meninggalkan bayinya tanpa harus diketahui identitinya, dan wilayah Krasnodar di selatan Rusia telah membeli lima buah kotak di awal November tahun lalu.

Tiga kotak pertama dipasang di daerah Armavir, Sochi dan Novorossiysk, dan pada akhir bulan telah satu anak yang ditinggalkan dalam kotak tersebut.
Menurut pegawai kesihatan setempat, Ria Novosti. Langkah ini ditujukan untuk memberikan keadaan sanitasi yang lebih baik bagi anak-anak yang tidak diinginkan, mencegah mereka dibuang ke tempat sampah.

Di Sochi, kotak meninggalkan bayi ini disertai dengan sepanduk besar
Sementara itu, Elena Redko, ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar mengatakan kepada pejabat berita bahawa anak pertama yang ditinggalkan adalah seorang bayi perempuan, dan berada dalam keadaan sihat yang saat ini sementara dalam perawatan pejabat kesihatan setempat.
“Bayi perempuan itu akan dimasukkan ke pusat asuhan anak-anak, namun saya berfikir bahawa ia segera akan di ambil sebagai anak angkat kerana di wilayah ini jumlah anak lebih sedikit dibandingkan dengan keluarga yang ingin memiliki anak,” tuturnya yang dikutip Mail Online.
Diketahui, projek Rusia ini dijadualkan melibatkan kota-kota di Siberia seperti Perm, Tomsk, Omsk, Novosibirsk dan kota Kirov.

Adakah Malaysia perlu melakukan seperti ini juga kerana banyak anak luar nikah dibuang merata-rata tempat dan mati akibat perbuatan keji dan tidak bermoral…..

sumber

3 Kata-kata Sakti:

Jαnnαhツ berkata...

ini bukan solution yg bagus. ia malah menggalakkan masalah menjadi makin parah. rawat lah mslh daripada akar, bukan dengan mencantas daun. lalang kalau ditebas akan tumbuh kembali. bunuhnya akarnya baru dia hilang...

NiGhTiNaNgLe_FARA berkata...

TAK PERLU!

kesian kat baby tuh...
org malaysia ni bukan boleh percaya sangat...nanti bukan baby yg dibuang, anak kucing pun boleh sumbat kot.

Nana berkata...

Bgus jugak ade mende ni kdg2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PING/BUSUK.ORG

Copyright (c) 2012 BUROK