Empat karakter dalam acara television popular di Israel, menyamar menjadi perempuan Iran, yang secara tidak sengaja meledakkan reaktor nuklear menggunakan tablet Samsung. Iklan itu menimbulkan kemarahan Iran yang memutuskan untuk melarang seluruh penjualan produk Samsung (sumber: Al Arabiya)
Iklan Samsung gambarkan Iran sebagai masyarakat primitif
Iklan Samsung di Israel memaparkan figur agen Mossad dan empat pelakon dari acara televisyen di Israel, menyamar menjadi perempuan Iran yang bertudung.
Perempuan jadi-jadian itu kemudian meletupkan reaktor nuklear Iran menggunakan tablet Samsung.
Iklan itu memancing kemarahan umat Islam. Iran melarang penjulan semua produk elektronik yang dihasilkan Samsung.
Ketua Jawatankuasa Majlis Tenaga Arsalan Fat'hipour mengatakan kepada Pres TV, bahawa Samsung memilih melupakan volume perdagangan yang tinggi di Iran dan memilih mendekat ke Israel.
Fat'hipour mengatakan samsung harus meminta maaf kepada Iran namun itu tidak cukup memperbaiki hubungan dengan Tehran.
Pejabat mengatakan parlimen Iran tengah mempertimbangkan untuk memutuskan perdagangan dengan Korea Selatan, kerana iklan yang menggambarkan Iran sebagai masyarakat primitif.
Dia mengatakan iklan itu menggambarkan Israel sangat kuat, dengan mudah dapat menghancurkan kemudahan nuklear atau bahkan membunuh pakar nuklear Iran.
Dalam pernyataan berasingan Samsung mengutuk iklan yang dihasilkan syarikat Israel itu.
Dalam iklan yang dibuat untuk televisyen kabel Israel HOT, empat watak popular dalam tayangan Asfur, muncul sebagai perempuan berdekatan dengan kemudahan nuklear.
Mereka kemudian bertemu dengan agen Mossad yang sedang bosan dan menghabiskan waktunya dengan menonton pertunjukkan dari tablet Samsung.
Agen Mossad kemudian memperlihatkan ciri-ciri dalam tablet ke perempuan yang menyamar itu. Salahsatu daripada mereka secara tidak sengaja menekan logo di tablet itu yang kemudian menyebabkan reaktor nuklear itu meletup.
Dalam berita berkaitan, seorang pegawai kanan Israel mengatakan kepada media bahawa serangan terhadap Iran, boleh saja dilancarkan pada pertengahan tahun ini, sebelum Iran memindahkan hasil pengayaan uranium mereka ke kemudahan bawah tanah.
Seorang pakar di Israel mengatakan serangan tentera terhadap Iran tidak akan menghancurkan kemudahan nuklear Iran. Namun serangan itu dapat menunda pembangunan nuklear Iran selama dua tahun.

0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan