Hollywood, coca-cola dan Mikey Mouse dan bukannya senjata nuklear yang menjadikan Amerika Syarikat (AS) negara paling berpengaruh di dunia.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh pembikinan filem terkenal dari AS, Spike Lee di Singapura berhubung pengaruh Amerika di dunia.
"Punca utama kenapa Amerika menjadi negara dominan di dunia adalah bukan kerana ia mempunyai banyak senjata nuklear berbanding pihak lain," kata Lee
Spike Lee |
Dia menyatakan demikian dalam Forum Jenama Global yang merupakan persidangan perniagaan antarabangsa.
"Adakah terdapat sesiapa yang melihat dengan jelas di mana sebuah senjata nuklear mempengaruhi cara orang berpakaian, bercakap dan berfikir?" soal Lee.
'Amerika menguasai dunia kerana kebudayaan filem, televisyen, Levi's(jean), coca-cola, Disney, rock and roll dan hip-hop," katanya.
"itulah jawapannya - apabila anda mempengaruhi cara orang berfikir, berpakaian, bercakap dan bukannya kerana kami mampu meletupkan sesuatu" jelasnya.
Pengarah berkulit hitam itu yang dikenali kerana menerbitkan filem bertemakan sosial dan politik menyatakan pengaruh As amat meluas.
Pengaruh itu amat meluas menerusi filem yang berjaya membentuk pendapat awam di seluruh dunia.
Lee berkata, filem-filem Hollywood sebelum ini menggambarkan penduduk AS berkulit hitam dan penduduk asal Amerika sebagai penjahat.
Selepas Perang Dunia Pertama, Nazi di Jerman yang dipimpin Canselor Adolf Hitler pada masa itu, muncul sebagai penjahat diikuti oleh kesatuan Soviet kini Rusia semasa perang dingin berlaku.
Menurut Lee, selepas serangan pengganas pada 11 september 2001 di AS,'pengganas' dan mereka dari negara-negara Arab menjadi penjahat dalam filem-filem Hollywood.
Ketika ditanya apakah akan berlaku jika Hollywood tidak ada lagi penjahat untuk ditampilkan dalam filem, Lee berkata: "Ia (Hollywood) akan mencari seseorang, dan mereka ( pembikin-pembikin filem) kerap melakukannya."
0 Kata-kata Sakti:
Catat Ulasan