Terbaik dari ! Lensa Klasik !

Khamis, 2 Februari 2012

lagi kes babi dicampakkan ke Masjid


Terkini, kepala babi dalam bungkusan plastik ditemui oleh seorang tukang sapu di Masjid Al-Hidayah, Sentul dalam pukul 7.30 pagi

Manusia jahanam dan celaka, itulah perkataan yang sesuai kepada mereka yang membuat perkara yang sememangnya mengundang perasaan marah terutama masyarakat Islam.

menurut sumber lain, disedari dalam jam 11 malam tadi bilal masjid menyangkakan ia bungkusan sampah di depan pagar utama kawasan masjid berkenaan, rupa-rupanya bungkusan yang mengandungi daging babi, Dalam bungkusan berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan beberapa anggota badan babi.

kes macam ini banyak kali berlaku kebelakangan ini, dua tiga hari lepas kepala babi ditemui didepan pintu masuk Masjid Nurul Iman Batu 18 Rawang, Selangor.

Perbuatan mencampakkan daging babi di masjid adalah perbuatan yang melampau, menguji kesabaran kita sebagai umat Islam, mungkin saja untuk cetuskan provokasi menaikkan kemarahan kita, manusia macam ni memang wajib diheret ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya.

0 Kata-kata Sakti:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright (c) 2012 BUROK