Terbaik dari ! Lensa Klasik !

Selasa, 28 Februari 2012

Hukum Orang Yang Tidak Mahu Membayar Hutang


Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i.    Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii.   Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii.  Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv.  Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W. 

Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasul S.A.W. 

Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)

Jika kita ada berhutang dengan sesiapa, maka percepatkanlah urusan pembayaran hutang tersebut. Jangan lupa setiap hutang yang kita buat, ia perlulah dicatat agar mudah waris kita menguruskan hutang sekiranya kita tiba-tiba meninggal dunia.

Sumber: soal jawap Mufti Selangor

1 Kata-kata Sakti:

Redhzuan Indera berkata...

nice.
------------------------------------------------
hakikat sebenar sebelum couple . ada yang nak bantah ? dipersilakan .

http://coretpujangga.blogspot.com/2012/02/troll-saya-ni-lain-laa.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright (c) 2012 BUROK