Terbaik dari ! Lensa Klasik !

Khamis, 9 Februari 2012

6 Jenis Wanita Yang Patut Dihindari Lelaki




1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Lelaki teruja dengan kegilaannya tetapi tanpa sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat lelaki sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan para lelaki.

Dalam keadaan ini sang lelaki seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya lelaki sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya terhadap lelaki tersebut.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Lelaki menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan lelaki dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan lelaki adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang menjadi pasangannya, lelaki mendengar segala kisah buruknya dan akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan lelaki, kewujudannya untuk menyintai, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

3 Kata-kata Sakti:

NiGhTiNaNgLe_FARA berkata...

jenis lelaki yg patut dihindari pulakk??

| CIKZEK | berkata...

lelaki pulak cmne ? hehehe

Abu Huzaifah berkata...

errr.. nnti check balik... kehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright (c) 2012 BUROK