Banyak  lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil  berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki  berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati  ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan  sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. 
Keanak-anakkan
Keanak-anakkan
Dalam  batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan  di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi  tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati  tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita  yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria  membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap  pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.  Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang  tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki  melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan  kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk  persoalannya. 
Menghargai
Menghargai
Wanita  yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita  yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus  ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki  berasa bangga. 
Menjaga Penampilan
Menjaga Penampilan
Lelaki  menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa  kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik  menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,  pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang  terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan  secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga  menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga  penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.  Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau  dah punya anak 3? 
Pandai berbicara
Pandai berbicara
Lelaki  tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.  Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran  wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman  berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik.  Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang  agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan  wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima  jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka. 
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita  yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata  lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara  berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang  baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia  mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di  kampung. 
Menghormati Diri Sendiri
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki  suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,  bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya  sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan  oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan  dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan  merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki  memperlakukan dirinya sesuka hati. 
Simpati dan prihatin
Simpati dan prihatin
Lelaki  suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang  susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar  dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada  dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.

4 Kata-kata Sakti:
semua tepat.. yang paling penting menghargai dan keanak-anakan.. perempuan childish nampak comel.. haha.. tapi dalam childish mesti ada sifat keibuan :)
kalo sy laki sy akn pilih gurl yg humor
KENAPA NAK MENYESAL?
KENAPA HARUS ADA PUTUS CINTA?
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/02/kenapa-nak-menyesal-sebab-putus-cinta.html
dah folo
nice info laa.. :)
like entry ni :) hehe klebihan pd wanita yg xdek pd lelaki :))
Catat Ulasan