Terbaik dari ! Lensa Klasik !

Sabtu, 3 Mac 2012

Sebab Ikan Tiada Lidah


Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti
ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di
hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka
membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW
menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu
mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh
berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka
diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua
Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka
Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya
yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang
di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan
Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka
memburudan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya
kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah
tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar
tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”

0 Kata-kata Sakti:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright (c) 2012 BUROK